KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menunggu lebih banyak petunjuk, termasuk pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama negara maju itu dalam usaha mendapatkan prospek mengenai kadar faedah di masa depan, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data-data yang bakal diumumkan itu serta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada minggu depan, terus mempengaruhi sentimen dalam pasaran tukaran asing.
Beliau berkata minyak mentah Brent meningkat sedikit kepada US$87 setong susulan krisis di Timur Tengah yang kian mereda manakala Indeks Dolar AS dalam julat 106.088 mata.
"Atas alasan itu, kadar tukaran asing dolar AS/ringgit diunjur kekal stabil pada paras semasa," katanya.
Selain itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0868/0889 daripada 3.0852/0877 pada akhir urus niaga semalam, susut berbanding pound Britain kepada 5.9027/9064 daripada 5.8938/8981 manakala berbanding euro, unit tempatan itu menguncup kepada 5.0929/0961 daripada 5.0859/0896 sebelumnya.
Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8891/9021 daripada 12.9044/9198 namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5094/5118 daripada 3.5041/5069.
Ringgit juga rendah sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.29/8.31 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 294.1/294.6 daripada 293.9/294.4.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam. -Gambar fail/Reuters
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.